Kesihatan Baset perang Bretagne

Mortaliti

Berdasarkan saiz sampel kecil yang terdiri daripada 15 ekor anjing yang telah mati, baset perang Bretagne dalam tinjauan The Kennel Club 2004 memiliki kelanjutan usia median selama 10.4 tahun (maksimum 13.9 tahun),[2] yang merupakan kelanjutan usia median tipikal untuk anjing baka tulen, tetapi lebih rendah sedikit berbanding dengan baka lain dengan saiz serupa.[3] Punca paling kerap bagi kematian merupakan kemalangan lalu lintas jalan raya, kanser, kegagalan jantung, dan kegagalan ginjal.[2] Bilangan tinggi kemalangan lalu lintas jalan raya mungkin dapat dikatakan berpunca dripada minat anjing ini pada bau. Banyak baset perang peliharaan menghilang apabila menemukan bau, dan sifat ini merupakan sesuatu yang sentiasa perlu diingati oleh para pemilik. Baset perang dapat dilatih dengan sangat baik dalam persekitaran terkawal, tetapi latihan cepat dilupakan sebaik jejak arnab segar ditemukan.[4]

Morbiditi

Dalam kalangan 84 ekor anjing hidup dalam tinjauan UKC 2004, isu kesihatan paling umum yang diperhatikan oleh para pemilik merupakan masalah pembiakan, masalah pendengaran (otitis media dan otitis luaran), dan masalah penglihatan (ulser kornea dan katarak).[2]